Aplikasi Ikatan Tali

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PJ

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUSTEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR.PJ 3311 P4

Tajuk: Aplikasi Ikatan TaliNama: Thamil Celvaa a/l BalakrishnanAngka Giliran: 2012122310039Opsyen: 3 PPISMP - BT/PJ/SJNama Pensyarah: En. Ahmad FadzilTarikh Serahan: 19/08/2013

HALAMAN PENGAKUAN

"Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali untuk petikan dan ringkasan setiap seorang daripada mereka telah saya terangkan sumber."

Tandatangan : Nama : THAMIL CELVAA A/L BALAKRISHNAN NO K.P : 941005-08-5547Opsyen : 3 PPISMP - BT/PJ/SJ

BilPerkaraMuka Surat

1)Pendahuluan

2)Aplikasi ikatan tali- Sejarah tali- Jenis-jenis tali- Faedah kemahiran tali- Jenis-jenis simpulan dan ikatan

3)Power Point Presentation

4)Refleksi

5)Rujukan

SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN JUDUL

APLIKASI IKATAN TALI

JABATAN KAJI SOSIAL,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

PENDAHULUANPendidikan Jasmani(PJ) adalah antara subjek penting yang perlu dipelajari dan difahami oleh setiap guru pelatih. Subjek ini memperkenalkan kepada pelajar tentang takrif serta konsep Pendidikan Jasmani agar pelajar dapat menghubungkaitkan falsafah, matlamat, tujuan dan objektif Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memahami arah tuju Pendidikan Jasmani di Malaysia pada abad ke-21.Subjek PJ 3PPISMP mengandungi Pengelolaan dan Pengurusan Sukan Rekreasi. Dalam subjek ini, kami mempelajari tentang kemahiran tali. Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Kebanyakan aktiviti rekreasi berkait rapat dengan tali. Antara aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah aktiviti panjat-mamanjat, aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan. aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi, aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat dan juga aktiviti memancing.Cara-cara membuat ikatan dan simpulan perlu dipelajari agar dapat digunakan pada masa ada keperluan. Contoh simpulan dan ikatan yang boleh dipelajari ialah, simpulan buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpu, simpul pemukat, simpul angka 8, figure of eight on a bight, figure of eight follow the through, simpul mati / end knot, ikatan manuk / clove hitch, body bowline knot, simpul pengail / fisherman knot, tindih kasih / bow line dan juga double fisherman knot. Saya telah mengkaji dan mengumpulkan data tentang kemahiran tali dan kegunaanya lalu merekodkannya dalam bentuk tugasan ini.

SEJARAH TALIMengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981).Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali. pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah : Aktiviti panjat-mamanjat Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan. Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi. Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat. Aktiviti memancing.

JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANYATali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah : Tali gentian manila Tali sabut Tali sas Tali kapasTali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah : Tali nylon Tali hawser-laid Tali karamental Tali poltster Tali wayar Tali drilenaPENJAGAAN TALIKebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala.Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak boleh membasuh tali. Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai.Biasanya tali mempunyai daya ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa menggunakannya.DEFINISI SIMPULAN DAN IKATANDianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis simpulan dan ikatan. Tali yang digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, mengikat kapal di pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan (knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali (whipping).SimpulanBiasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.IkatanIkatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.SambatSambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.Mematikan Hujung TaliSeorang pengakap dan pandu puteri tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

JENIS-JENIS SIMPULAN

SIMPULAN BUKU SILA ( REEF KNOT ) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar. Mematikan ikatan pada bungkusan. Mematikan ikatan semasa membalut luka. Senang dibuka kembali.

SIMPUL BUNGA KETI Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saiznya.

SIMPUL BUNGA KETI BERGANDA Dibuat supaya sambungan yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah terburai.

SIMPULAN TINDIH KASIH Berguna terutama untuk tujuan menyelamat dan menjerut.

SIMPUL PULIH Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.

BELIT LUCUT ( Highwaymans Hitch ) Digunakan dalam aktiviti panjat-memanjat dan mendaki. Digunakan semasa turun dari pokok atau tempat tinggi. Dapat juga dibuat pada batang dan dahan pokok atau batu.

LILIT DUA SIMPUL Digunakan untuk mengikat perahu dan bot yang berlabuh. Boleh juga digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu. Digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.

LILIT TINDIH KEJAB Digunakan untuk membuat tali yang kecil pada tali yang besar apabila ditarik songsang. Digunakan juga untuk menarik tali besar. Contohnya apabila kapal ingin berlabuh di pelabuhan.

SIMPUL MANUK ( CLOVE BITCH ) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Simpulan yang digunakan tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Juga digunakan semasa memula dan mematikan ikat seraya dan ikat silang gunting.

SIMPUL HIMPIT Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar dan licin. Simpul ini digunakan untuk menyambung tali kail yang licin.

SIMPUL ABAH - ABAH ( Manharness Knot ) Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali. Digunakan dalam aktiviti panjat-memanjat.

LILIT PASDUL Digunakan dalam aktiviti panjat-memanjat. Mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga semasa aktiviti panjat-memanjat

LILIT BALAK Digunakan untuk mengikat tali pada kayu atau batang yang lebih besar saiznya. Tujuannya agar kayu itu tidak licin atau mudah digerak-gerakkan.

SIMPUL BEDAH Digunakan untuk menyambungkan 2 utas tali yang sama besar. Penyambungan tali ini lebih selamat digunakan dan senang untuk diuraikan balik. Digunakan untuk mengikat bungkusan.

BELIT TALI KHEMAH Digunakan untuk mengukuhkan ikatan utama pada khemah besar.

SIMPUL KERUSI Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan orang sakit ke atas.

SIMPUL SIMPLE NOOSE Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh terjerut. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. Digunakan untuk menjerut leher binatang.

JENIS-JENIS IKATAN

IKAT SERONG Digunakan untuk membina jembatan, menara , gejek, dan aktiviti pioneering. Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat serong digunakan.

IKATAN PENGAIL Digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Kegunaan ikatan ini sama seperti simpul belit. Ikatan pengail lebih kuat dan selamat berbanding dengan simpul belit.

IKAT SERAYA Digunakan semasa membina jembatan, menara dan aktiviti pioneering. Digunakan apabila kayu atau buluh itu bersudut tepat.

IKAT SILANG GUNTING Digunakan dalam aktiviti pioneering. Digunakan untuk menyambung dua batang tiang atau mengikat dua batang kayu. Apabila digunakan untuk menyambung dua batang tiang ikat silang gunting dibuat dua kali.

IKAT SILANG TUNGKU Digunakan untuk membuat gejek dan menyambung kayu.

LILIT KACANG Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gejek.

RefleksiPada awalnya, saya berasa sangat bimbang dan tidak berkeyakinan untuk menyempurnakan kerja kursus ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang isu sukan amatlah sedikit. Tetapi melalui taklimat yang diberikan oleh pensyarah kami dan perbincangan bersama dengan rakan-rakan saya, saya lebih memahami kandungan tugasan ini dan saya dapat memulakan kerja kursus ini dengan lancar sekali. Pertama sekali, saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya dengan melayari internet. Walau bagaimanapun, maklumat dari internet tidak mencukupi bagi saya untuk menyiapkan tugasan. Selepas itu, saya telah membuat rujukan di pusat sumber kampus kami dan Perpustakaan Sultan Ismail yang berada di sebelah kampus kami untuk mendapatkan maklumat. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas yang telah banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Kami telah bertolak ansur dan bekerjasama dengan berkongsi idea dan pandangan antara satu sama lain untuk menyiapkan kerja kursus ini.Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan tentang pendidikan jasmani dan sukan rekreasi. Pelaksanaan tugasan ini juga telah meluaskan pemikiran dan pandangan saya tentang pendidikan jasmani yang juga merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamat pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Oleh itu, setiap orang perlu aktif melibatkan diri dalam pendidikan Jasmani dan memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERIS dalam membangunkan potensi seseorang individu.Malah, kerja kursus ini membolehkan saya menguasai cara berkomunikasi yang berkesan dengan orang lain. Sebagai contoh, semasa menyiapkan kerja kurus ini, saya berbincang dengan rakan-rakan sekuliah saya semasa saya tidak memahami tentang keperluan tajuk yang tertentu. Sikap toleransi dan semangat bekerjasama telah kami pupuk dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini. Usaha yang saya curahkan semasa menyiapkan kerja kursus ini memang berbaloi kerana pelbagai faedah yang telah saya peroleh sepanjang masa ini. Pengetahuan dan pengalaman baru yang telah saya timba pasti akan saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya sebagai bakal warga pendidik dengan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak murid saya pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.RUJUKAN

Buku Pengakap Remaja Malaysia karya Abdul Alim bin Abdul Rahim.

Sukan Rekreasi karya Rosimah Haji Ibrahim.

Internet http://www.pkb.edu.my/elearning/ikatan.pdf http://pkk181.tripod.com/id9.html http://hindonahmad.blogspot.com/2012/05/ikatan-dan-simpulan.html