Presentation Hubungan Etnik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pembentangan tentang Melaka Teknologi HIjau

Citation preview

KEFAHAMAN, KESEDARAN DAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

BAB 1MASALAH KAJIAN :1.1 PENDAHULUANKajian ini merupakan kajian mengenai penilaian terhadap era globlalisasi pada masa kini iaitu tentang penghayatan nilai-nilai yang terdapat melalui Kefahaman, Kesedaran dan Amalan Teknologi Hijau dari perspektif pelbagai etnik terhadap alam sekitar ini. Nilai-nilai Teknologi Hijau ini berteraskan dengan menyintai alam sekitar yang kian pupus, luhur serta murni bagi meningkatkan lagi kefahaman, kesedaran dan amalan ini daripada pelbagai etnik supaya dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat yang berbilang kaum agar dapat bersama-sama mengamalkan konsep tersebut tidak kira lah kaum cina, india mahupun melayu.

1.2 DEFINISI KONSEPTEKNOLOGI HIJAU Definisi:Aplikasi teknologi moden untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.Konsep ini berhubung rapat dengan prinsip pembangunan mapan yakni pembangunan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.Fungsi utama yang terdapat dalam Teknologi Hijau ini adalah dengan mengkaji dan mngubal dasar untuk meningkatkan pembangunan mapan melalui aplikasi teknologi hijau, mempromosikan dasar Teknologi Hijau untuk menyokong pembangunan inovasi Teknologi Hijau dan mengawal serta mengurus potensi risiko.

PERSPEKTIF

TEKNOLOGI hijau yang kini menjadi perkara semasa, baik diperingkat global, negara mahupun korporat, merupakan rangsangan dalam menghadapi masalah pemanaran global. Malah, dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, penekanan kepada teknologi hijau ini amat ketara.Sehubungan dengan hal itu, terdapat beberapa kajian yang menganggarkan kos pemanasan global. Antaranya termasuklah William Cline dari Centre for Global Development dan Institute for International Economics yang menganggarkan bahawa penggandaan kandungan karbon dioksida di atmosfera akan mengakibatkan beban kos nilai yang dianggarkan antara satu peratus dan dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.Sehubungan dengan hal itu, cabaran untuk menghadapi pemanasan global memerlukan revolusi dalam pemikiran. Hal ini dikatakan demikian kerana ancamannya amat ketara. Di samping ketidakselesaan yang bakal dihadapi, kos yang ditanggung oleh negara dan sektor korporat dalam usaha untuk beralih kepada bahan bakar yang hijau juga amat besar. Namun demikian, dalam setiap krisis terdapat peluang yang dapat dimanfaatkan, iaitu dari segi produk, proses, dan model perniagaan yang baharu.KESEDARAN

Kesedaran tentang perlunya memelihara dan mmulihara alam sekitar sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem, sedar bahawa manusia saling memerlukan hubungan yang harmonis antara mnusia dengan alam sekitar supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara serta pengkalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawap bersama untuk kesejahteraan hidup. Selain itu, prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya serta menyedari bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling memerlukan untuk hidup yang sejahtera. Menyedari dan memahami kesannya jika alam sekitar tidak diuruskan dengan baik dan selamat.

AMALAN

Kita hendaklah bertanggungjawap untuk menjaga ekosistem serta mengamalkan sikap menjaga kebersihan alam sekitar dengan cara-cara menyayangi dan menghargai alam sekitar seperti berikut iaitu mengawal aktiviti embalakan, mengawal pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai dn juga membuang sampah ke dalam tong kitar semula. Selain itu, kita hendaklah mngamalkan sikap suka menjaga kebersihan persekitaran, memupuk sikap menjaga kebersihan alam sekitar seperti mengamalkan kitar semula serta melakukan aktiviti untuk mengekalkan keindahan dan kebersihan alam sekitar seperti menanam bunga. di samping itu juga, kita haruslah menjaga dan sentiasa menguruskan alam sekitar dengan baik, mengetahui akan kesan aktiviti manusia terhadap flora dan fauna, mengetahui cara atau tindakan yang perlu diambil bagi menjaga alam sekitar serta hutan memberikan sumbangan yang besar kepada semua kehidupan. Oleh itu, manusia mestilah berganding bahu untuk menjaga sumber hutan agar tidak musnah. , mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar terhadap kehidupan, mengambil berat akan isu-isu alam sekitar, malah berusaha untuk menanganinya serta memupuk sikap bekerjasama menjaga alam sekitar daripada tercemar dan rurut melibatan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan alam sekitar.ETNIK

KONSEP MASYARAKATDefinisi masyarakat terdiri daripada masyarakat yang boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu) atau pergaulan hidup (bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu masa ikatan ketatanegaraan), didefinisikan juga sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilahpula menerangkan bahawa, masyarakat merupaka jaringan perhubungan atara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial serta ianaya juga mengambarkan rakyat sesebuah negara. Selain itu, masyarakat juga mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni.

KEBAIKAN TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sabagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar. Keuntungan mengunakan sumber tenaga hijau adalah bahawa hal itu bersih sehingga tidak sehingga tidak memancarkan apapun yang berbahaya ke udara yang berdampak pada lingkungan. Hal ini juga boleh diperbaharui yang beerti kita tidak akan pernah kehabisan hal itu tidak seperti minyak yang dijangka akan kering dalam satu dekad atau lebih. Walaupun kemudahan tenaga hijau teknologi yang mahal untuk membina, memerlukan rawatan yang lebih sedikit sehingga anda tidak perlu keluar banyak wang untuk mengoperasikannya. Hal ini juga, dapat membawa manfaat ekonomi ke kawasan-kawasan tertentu bahkan meningkatkan pelancongan. Kerugian lain adalah kenyataan bahawa beberapa sumber tenaga hijau tidak boleh dipasang di daerah tertentu dari planet ini. Sebagai contoh, tenaga gelombang hanya boleh dingunakan jika gelombang datang dari laut mencapai minimum 16 kaki. Penggunaan tenaga panas bumi itu hanya boleh dilakukan di bahagian secara geologi tidak stabil planet ini. Tempat-tempat yang tidak boleh menggunakan salah satu bentuk Teknologi Hijau boleh digantikan dengan yang lain. 1.3 PENYATAAN MASALAHPada zaman era globlalisasi ini, terdapat segelintir etnik-etnik yang masih tidak memahami erti negara menubuhkan konsep Teknologi Hijau sepenuhnya. Hal ini telah membawa kepada kurangnya semangat cinta kan Teknologi Hijau terhadap diri mereka. Jika hal ini berterusan, maka perkara ini boleh menyebabkan mereka lupa akan terjadinya apa-apa yang boleh merosakan bumi kita ini daripada sikap tidak bekerjasama diantara satu sama lain. Sehingga kini didapati bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Buktinya masih banyak kilang-kilang yang mengeluarkan asap hitam yang membahayakan, penggunaan bahan baker kenderaan bermotor yang begitu membimbangkan, alam semulajadi yang semakin banyak dimusnahkan, sungai-sungai yang kotor dan pelepasan karbon ke udara yang banyak. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai ialah cuaca yang melampaui seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Dasar Teknologi Hijau Negara yang dilancarkan itu berasaskan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknolgi hijau akan mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi Negara. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan.1.4 TUJUAN KAJIANMengkaji bagaimana penghayatan nilai-nilai Teknologi Hijau terhadap etnik-etnik sekarang mengamalkannya.Memahami bagaimana etnik-etnik sekarang menhayati apa itu dimaksud kan dengan Teknologi Hijau yang boleh menyelamatkan bumi ini dari ancaman.Mendedahkan kepada umum bahawa pentingnya kesedaran dalam menghayati nilai-nilai yang ada dalam Teknologi Hijau.

1.5 KEPENTINGAN KAJIANKepentingan yang diperolehi melalui kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penghayatan masyarakat sekarang mengenai konsep Teknologi Hijau dan etnik-etnik yang mengamalkan cara penjagaan alam sekitar dengan mengunakan konsep Teknologi Hijau. Selain daripada itu,melalui kajian ini kesedaran masyarakat zaman ini mengenai nilai-nilai Teknologi Hijau melalui cara dengan menanamkan semangat yang kuat dalam melaksanakan konsep ini terhadap negara kita sendiri serta dapat meningkatkan lagi taraf masyarakat dan bersama-sama membanteraskan masyarakat yang masih luntur mengenai Teknologi Hijau. Di samping itu melaui kajian yang diperolehi ini, kita dapat mengetahui perbezaan etnik-etnik dulu serta sekarang tentang konsep yang berlainan yang mereka amalkan dengan mengikut kehendak dan cara masing-masing. Kajian ini juga dapat membuktikan peranan masyarakat sekeliling dalam memupuk nilai Teknologi Hijau kepada generasi yang akan datang. Selain itu, mereka mempunyai semangat yang kental dalam melakukan Teknologi Hijau.JANGKAAN HASIL KAJIAN

1.Kajian ini akan meningkatkan kefahaman mengenai konsep Teknologi Hijau.2.Kajian ini akan dapat meningkatkan kesedaran akan penerapan nilai Teknologi Hijau.3.Kajian ini akan dapat memperolehi lebih banyak lagi rakyat yang mengerti tengtang Teknologi Hijau.4.Kajian ini akan dapat menghayati nilai Teknologi Hijau ini selari dengan etnik-etnik yang lain dan Ianya juga perlu dipupuk dalam kalangan generasi yang akan datang.5.Kajian ini akan diberi penekanan dalam pentadbiran negara.

1.6 SOALAN KAJIANSaya faham bahawa teknologi dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik.

Saya faham terdapat banyak penggunaan kaedah sistem solar yang dapat membantu menyelamatkan bumi

Saya faham teknologi hijau dalam pertanian dapat menghasilkn tanaman yang berkualiti.

Saya sedar pemasangan panel solar pada bangunan-bangunan mampu membekalkan tenaga elektrik yang menjimatkn.

Saya sedar penggunaan teknologi hijau dalam pertanian iaitu baja organik mampu menstabilkn alam sekitar.

Saya sedar penggunaan enjin hibrid pada kenderaan bermotor mampu mengurangkan pencemaran udara.

Saya mengamalkan sikap kitar semula seperti kertas kitar semula untuk kesejeahteraan alam sekitar.

Saya menubuhkan Kelab Alam sekitar semula untuk membantu memelihra alam sekitar.

BAB 2LATAR BELAKANG KAJIAN :KAJIAN LITERATUREKAJIAN LITERATUREMAKSUD DASAR TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan aplikasi produk,peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada.Apabila kita menggunakan teknologi hijau,kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga,air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.Oleh yang demikian,apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan(sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa akan datang.Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.Tambahan pula,tujuan kerajaan memperkenalkan teknologi hijau dalam perkhidmatan awam ialah sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan alam semula jadi.Kerajaan telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau pada Ogos 2009.DASAR KERAJAAN : MENGAPA DITEKAN DALAM PENTADBIRAN NEGARA

Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.

Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.

Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)MATLAMAT KEBANGSAAN DASAR TEKNOLOGI HIJAU

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; danInstitusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke -11)

Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; danPeningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan tempoh seterusnya)

Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; danPeningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.TONGGAK DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenagaAlam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitarEkonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; danSosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

USAHA UNTUK MENYOKONG PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU

Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang kondusif.Memperkukuh pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau.Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau.Promosi dan Kesedaran Awam.

KRITERIA TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran; Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

FAKTOR-FAKTOR KURANGNYA PENGHAYATAN DALAM MENGAMALKAN TEKNOLOGI HIJAU

Kurangnya kesedaran dalam diriKurangnya pengetahuan tentang Teknologi Hijau dalam diriSikap dan tingkah laku masyarakat yang mengambil mudah dalam penggunaan sumber-sumber alam yang terhad iniKurangnya penghayatan agama dan nilai hidup dalam teknologi hijau.

BAB 3METEODOLOGI 3.1 PENDAHULUAN(Mengapa mengunakan metodologi)Bagi mendapatkan hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai,metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang yang digunakan di dalam kajian. Metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan. Bab ini kan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian. Aspek yang dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian,reka bentuk kajian,responden kajian,lokasi kajian,instrumen kajian dan item-item soal selidik.3.2 REKA BENTUK KAJIANKajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kuatitatif iaitu kaedah melalui prosedur pengiraan dan statistik yang boleh diperolehi daripada hasil dapatan.Reka bentuk kajian ini dipilih untuk membolehkan kami memahami secara mendalam sama ada kefahaman atau kesedaran mahu pun amalan dalam teknologi hijau ini berjaya dilaksanakan atau gagal.3.3 RESPONDEN KAJIANResponden kajian kami terdiri daripada penduduk-penduduk di sekitar taman perumahan , pekan serta kampung-kampung.Mereka semua terdiri daripada Melayu, India dan Cina.Kami telah berjaya mendapatkan seramai 100 orang responden di kawasan-kawasan tersebut yang terdiri daripada 50 orang Melayu,25 India dan 25 Cina.Mereka semua berada di dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun.Tujuan pemilihan penduduk-penduduk di sekitar taman, pekan dan kampung adalah kerana mereka ini terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan atau kegagalan dalam melaksanakan pengamalan teknologi hijau ini.3.4 LOKASI KAJIANKajian ini telah dijalankan di sekitar daerah Jasin Melaka iaitu Selandar.Ia melibatkan kawasan luar bandar seperti kampung-kampung yang berada di situ dan kawasan taman perumaha seperti Taman Perumahan Selandar serta di kawasan pekan seperti masjid,pasar,kedai runcit,kedai kopi dan pasar raya.Keberkesanan pelaksanaan teknologi Hijau ini bergantung kepada faktor-faktor persekitaran seperti tahap kesedaran,kefahaman dan amalan seharian penduduk setempat ini.3.5 INSTRUMEN KAJIANInstrumen yang digunakan untuk mengumpulkan data kajian ini adalah terdiri daripada soal selidik dan analisis dokumen.Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.Bahagian A merangkumi latar belakang responden iaitu maklumat demografi dan maklumat mengenai tajuk.Bahagian B pula terdapat tiga bahagian kecil mengenai kefahaman,kesedaran dan amalan dalam teknologi hijau.3.6 ITEM-ITEM SOAL SELIDIKKefahaman

5. saya faham bahawa teknologi dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik.10. saya faham terdapat banyak penggunaan kaedah sistem solar yang dapat membantu menyelamatkan bumi 15. saya faham teknologi hijau dalam pertanian dapat menghasilkn tanaman yang berkualiti.

Kesedaran

2. saya sedar pemasangan panel solar pada bangunan-bangunan mampu membekalkan tenaga elektrik yang menjimatkan.4. saya sedar penggunaan teknologi hijau dalam pertanian iaitu baja organik mampu menstabilkan alam sekitar.6. saya sedar penggunaan enjin hibrid pada kenderaan bermotor mampu mengurangkan pencemaran udara.

Amalan

6. saya mengamalkan sikap kitar semula seperti kertas kitar semula untuk kesejahteraan alam sekitar.11. saya menubuhkan Kelab Alam sekitar semula untuk membantu memelihara alam sekitar.

BAB 4DAPATAN KAJIAN4.1 PendahuluanBab ini menumpukan pemerhatian kepada hasil dapatan kajian yang dijalankan. Analisis dan interpretasi data dikemukakan untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam bab Satu. Pengkaji menggunakan Excel untuk menganalisis kesemua data yang diperoleh dari satu daerah di Melaka. Populasi pertama terdiri daripada kaum Melayu. Manakala populasi kedua India, dan populasi ketiga Cina. Populasi masyarakat merangkumi sebuah daerah iaitu Selandar, Melaka.

4.2 Profil sampel kajian - Masyarakat

Seramai 100 responden terlibat dalam kajian ini. Jadual 4.2.1 menunjukan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut demografi. Daripada 100 orang responden, seramai 56 (56%) responden dari kaum melayu, 21 (21%) responden dari kaum cina, 21 (21%) dari kaum india dan 2 (2%) responden dari lain-lain kaum. Manakala jadual 4.2.2 analisis dari segi jantina seramai 47 (47%) perempuan dan 53 (53%) lelaki.JADUAL 4.2.1

JADUAL 4.2.2

4.3Bahagian B: Teknologi Hijau dari perspektif pelbagai Etnik Bahagian B terdiri daripada 8 soalan yang berbentuk pertanyaan pendapat responden terhadap penyataan-penyataan mengenai kefahaman, kesedaran, dan amalan Teknologi Hijau4.3.1 Bahagian B kefahaman4.3.1.1 Soalan kajian 5

Saya faham bahawa teknologi dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik.

Graf 4.3.1.1 di bawah menujukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.1.1 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . Seramai 10 responden (10%) tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 59 responden(59%) setuju dan 31 responden (31%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 90 responden (90%) telah bersetuju dengan menyatakan bahawa teknologi dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 10 orang (10%) tidak setuju dengan kenyataan di bawah.

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju00105931

4.3.1.3 soalan kajian 15

saya faham teknologi hijau dalam pertanian dapat menghasilkn tanaman yang berkualiti.

Graf 4.3.1.3 di bawah menujukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.1.3 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . Seramai 1 responden (1%) tidak setuju dan seramai 15 responden (15%) tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 56 responden (56%) setuju dan 28 responden (28%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 84 responden (84%) telah bersetuju dengan menyatakan bahawa teknologi hijau dalam pertanian dapat menghasilkn tanaman yang berkualiti. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 16 orang (16%) tidak setuju dengan kenyataan di bawah.

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju01155628

4.3.2 Bahagian B kesedaran4.3.2.1 Soalan kajian 2

saya sedar pemasangan panel solar pada bangunan-bangunan mampu membekalkan tenaga elektrik yang menjimatkn

Graf 4.3.2.1 di bawah menujukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.2.1 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . Seramai 1 responden (1%) tidak setuju dan 21 responden (21%) yang tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 55 responden (55%) setuju dan 23 responden (23%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 78 responden (78%) telah bersetuju dengan menyatakan bahawa pemasangan panel solar pada bangunan-bangunan mampu membekalkan tenaga elektrik yang menjimatkan. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 22 orang (22%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju01215523

4.3.2.2 Soalan kajian 4

saya sedar penggunaan teknologi hijau dalam pertanian iaitu baja organik mampu menstabilkn alam sekitar

Graf 4.3.2.2 di bawah menujukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.2.2 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . Seramai 1 responden (1%)sangat tidak setuju dan 11 responden (11%) yang tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 54 responden (54%) setuju dan 34 responden (34%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 88 responden (88%) telah bersetuju dengan menyatakan penggunaan teknologi hijau dalam pertanian iaitu baja organik mampu menstabilkn alam sekitar. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 12 orang (12%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

SangatTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju10115434

4.3.2.3 Soalan kajian 6

saya sedar penggunaan enjin hibrid pada kenderaan bermotor mampu mengurangkan pencemaran udara.

Graf 4.3.2.3 di bawah menujukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.2.3 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . 16 responden (16%) yang tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 51 responden (51%) setuju dan 33 responden (33%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 84 responden (84%) telah bersetuju dengan menyatakan penggunaan enjin hibrid pada kenderaan bermotor mampu mengurangkan pencemaran udara.. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 16 orang (16%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

SangatTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju00165133

4.3.3 Bahagian B amalan 4.3.3.1 Soalan kajian 6

saya mengamalkan sikap kitar semula seperti kertas kitar semula untuk kesejeahteraan alam sekitar.

Graf 4.3.3.1 di bawah menunjukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.3.1 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . 2 responden (2%)tidak setuju dan 25 responden (25%) yang tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 48 responden (48%) setuju dan 25 responden (25%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 73 responden (73%) telah bersetuju dengan menyatakan bahawa mereka mengamalkan sikap kitar semula seperti kertas kitar semula untuk kesejeahteraan alam sekitar. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 27 orang (27%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

SangatTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju00165133

4.3.3.2 Soalan kajian 11

saya menubuhkan Kelab Alam sekitar semula untuk membantu memelihra alam sekitar.

Graf 4.3.3.2 di bawah menunjukkan bilangan responden mengikut kaum manakala jadual 4.3.3.2 di bawah menunjukkan jumlah serta peratus responden mengenai penyaataan di atas . 2 responden (2%) sangat tidak setuju, 3 responden (3%) yang tidak setuju dan 39 responden (39%) yang tidak pasti dengan kenyataan di atas. Selain itu, seramai 38 responden (38%) setuju dan 18 responden (18%) yang sangat setuju dengan kenyataan di atas. Secara majoritinya 56 responden (56%) telah bersetuju dengan menyatakan bahawa mereka mengamalkan sikap kitar semula seperti kertas kitar semula untuk kesejeahteraan alam sekitar. Manakala yang selebihnya, iaitu seramai 44 orang (44%) tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

SangatTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju00165133

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1 PendahuluanPerbincangan dan cadangan untuk menjalankan kajian ini pada masa akan datang dibincangkan dalam bab ini. Bab ini berkait rapat dengan dapatan kajian yang dibincangkan seperti dalam bab sebelum ini. Di samping itu, bab ini juga menghuraikan mengenai graf dan jadual yang terdapat dalam bab sebelum ini dengan lebih terperinci lagi. Selain itu, cadangan juga dikemukakan untuk menjalankan kajian ini dengan lebih baik.5.2 PerbincanganKajian ini merupakan kajian kuantitatif untuk mengkaji tahap persetujuan responden mengenai kefahaman, kesedaran, dan amalan teknologi hijau dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kajian ini telah dijalankan di sebuah daerah di Melaka iaitu di Selandar, Jasin, Melaka. Selain itu, perbincangan ini juga melibatkan 100 orang responden. Setiap graf yang telah dikemukakan dalam Bab 4 juga dihuraikan dalam bab ini.

5.2.1 Soalan Kajian 1.

Saya faham bahawa teknologi hijau dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik.Dapatan kajian pada soalan 1 menunjukkan bahawa 88 responden daripada 100 responden bersetuju bahawa teknologi hijau dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik. Pada pendapat kami, teknologi hijau dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tasik. Contohnya seperti penggunaan baja organik yang dapat mengatasi masalah pencemaran tasik kerana sekiranya kita masih menggunakan baja kimia, maka apabila hujan turun pada permukaan tanah tersebut air hujan tersebut akan membawa sekali bahan kimia tersebut ke dalam tasik sekaligus mencemarkan air tasik tersebut.Perkara ini dapat dihalang melalui pengamalan teknologi hijau. Selain itu, menebus guna tasik-tasik yang terbiar juga dapat mengatasi masalah pencemaran tasik pada masa kini kerana tasik tersebut akan diambil, dijaga dan digunakan untuk perkara lain yang lebih baik.Pendapat ini disokong oleh kenyataan bahawa kita menerokai sumber-sumber baru air seperti air bawah tanah, mencegah pencemaran sumber-sumber air mentah adalah lebih murah dan boleh dilaksanakan untuk jangka masa panjang. Menurut Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), taburan hujan tahunan Malaysia secara purata berjumlah sehingga 990 bilion m, di mana 550 bilion m dikategorikan sebagai limpasan permukaan, yang mengalir ke sungai-sungai dan tasik-tasik kita. Jumlah besar ini adalah sumber air mentah tersedia untuk kita nikmati dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara sumber air ini. Kesedaran atas isu-isu mengenai risiko, keselamatan, bekalan dan pengurusan permintaan air semakin meningkat dalam semua sektor-sektor pembuatan, janakuasa, pemprosesan makanan, pertanian, kertas dan minuman, dan ianya hasil dari agenda teknologi hijau.

5.2.2 Soalan Kajian 2.

Saya faham terdapat banyak penggunaan kaedah sistem solar yang dapat membantu menyelamatkan bumi.Dapatan kajian pada soalan 2 menunjukkan bahawa terdapat 89 responden yang bersetuju bahawa terdapat banyak penggunaan kaedah system solar yang dapat membantu menyelamatkan bumi. Pada pendapat kami, tenaga solar dapat digunakan untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik dan sumber asli. Selain itu, penggunaan tenaga solar juga dapat mengurangkan permintaan arang batu, minyak, dan gas yang mengeluarkan gas yang memberbahaya. Perkara ini dapat membersihkan udara dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat sekaligus menyelamatkan bumi. Sumber tenaga solar juga dipercayai tidak menyumbang kepada pelepasan gas gas beracun seperti penjanaan tenaga daripada sumber-sumber fosil serta mesra alam. Pada pendapat kami, penggunaan tenaga solar dapat menyelamatkan bumi kerana tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga ini akan ada selagi matahari ada. Contoh penggunaan tenaga solar untuk menyelamatkan bumi ialah kereta solar, penggunaan panel solar di rumah dan sebagainya.

5.2.3 Soalan Kajian 3.

Saya faham teknologi hijau dalam pertanian dapat menghasilkan tanaman yang berkualiti.Kajian untuk soalan 3 manyatakan bahawa terdapat 82 orang responden daripada 100 orang responden yang bersetuju bahawa teknologi hijau dalam pertanian dapat menghasilkan tanaman yang berkualiti. Pada pendapat kami, penggunaan baja kimia kian berleluasa pada masa kini dan perkara ini menjejaskan kualiti tanaman. Hal ini disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang berlebihan menyebabkan tanaman juga untuk mengandungi bahan kimia yang boeh memudaratkan kesihatan kita jika diambil secara berterusan. Oleh itu, melalui amalan teknologi hijau kita dapat mengurangkan penggunaan baja kimia dan memperbanyakkan penggunaan baja asli seperti sisa-sisa buangan haiwan. Baja asli adalah lebih bagus daripada baja kimia kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang memudaratkan badan dan ia juga memastikan bahawa tanaman itu sihat dan berkualiti. Selain itu, penggunaan baja asli juga tidak memakan kos yang banyak seperti yang diperlukan untuk menghasilkan baja kimia. Oleh itu, wang tersebut boleh digunakan untuk usaha lain. Melalui amalan teknologi hijau yang merupakan penggunaan baja asli, tanah mengandungi lebih banyak nutrisi dan nutrisi ini akan berpindah kepada tanaman yang ditanam di sana menyebabkan tanaman di sana lebih sihat dan bernutrisi dan juga berkualiti. Oleh itu, melalui pengamalan teknolgi hijau dalam pertanian, sememangnya dapat menghasilkan tanaman yang berkualiti.

5.2.4 Soalan Kajian 4.

Saya sedar pemasangan panel solar pada bangunan-bangunan mampu memelihara keselamatan alam sekitar.Dapatan kajian bagi soalan 4 menunjukkan bahawa terdapat 76 responden yang sedar bahawa pemasangan panel solar pada bangunan-bangunan mampu memelihara keselamatan alam sekitar. Pada pendapat kami, hal ini adalah disebabkan kerana panel solar elektrik adalah semula jadi, dihasilkan daripada tenaga bersih dan 100% hijau. Oleh itu, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan kerana panel solar tidak mengeluarkan sebarang gas-gas berbahaya seperti karbon dioksida, sulfur dioksida nitrogen dioksida, atau merkuri ke atmosphera yang dapat mencemarkan alam sekitar sekaligus memelihara keselamatan alam sekitar. Selain itu, melalui kajian ini, kami juga berpendapat bahawa penggunaan panel solar dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan bahan bakar lain seperti petroleum, arang dan sebagainya yang mencemarkan udara dan mengeluarkan gas-gas yang merbahaya yang memudaratkan kesihatan manusia sekalgus mengurangkan kos.Di samping itu, terdapat juga 24 responden yang tidak bersetuju tentang perkara tersebut. Pada pendapat kami, hal ini adalah disebabkan oleh kos pemasangan panel solar yang tinggi. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa panel solar hanya akan berfungsi ketika matahari bersinar. Oleh itu, panel solar tesebut tidak dapat digunakan ketika tiada cahaya matahari tiada dan kita harus bergantung pada tenaga yang tersimpan dari sumber lain

5.2.5 SOALAN KAJIAN 5.

Saya sedar penggunaan teknologi hijau dalam pertanian iaitu baja organik mampu menstabilkan alam sekitar.Dapatan kajian bagi soalan 5 menunjukkan bahawa 87 responden daripada 100 responden bersetuju bahawa penggunaan teknologi hijau dalam pertanian iaitu baja organik mampu menstabilkan alam sekitar. Pada pendapat kami, baja organik dapat menstabilkan alam sekitar kerana baja organic tidak mengandungi apa-apa bahan kimia yang dapat menjejaskan nutrisi tanah. Selain itu, baja kimia dapat menjejaskan nutrisi tanah dengan menjadikan tanah menjadi berasid. Oleh itu, penggunaan baja organic dapat menghalang tanah daripada menjadi berasid dan menghasilkan tanaman yang berkualiti. Selain itu, pada pendapat kami, ketika hujan, air yang mangalir pada permukaan tanah akan membawa sedikit sebanyak tanah ke dalam tasik atau sumber air yang berdekatan. Perkara ini menyebabkan tasik atau sumber air itu tercemar dan sumber air itu menjadi mendap. Oleh itu, melalui teknologi hijau, penggunaan baja organik dapat menghalang perkara ini daripada terjadi. Melalui penggunaan baja organik alam sekitar dapat distabilkan.5.2.6 Soalan Kajian 6.

Saya sedar penggunaan enjin hybrid pada kenderaan bermotor mampu mengurangkan pencemaran udara.Dapatan kajian pada soalan kajian 6 menunjukkan bahawa 82 responden daripada 100 responden bersetuju bahawa penggunaan enjin hybrid pada kenderan bermotor mampu mengurangkan pencemaran udara. Pada pendapat kami, melalui kajian ini kami mendapat tahu bahawa pengenalan enjin hybrid adalah untuk mengurangkan pergantungan sepenuhnya kepada bahan bakar petrol dan diesel. Perkara ini dapat mengurangkan pencemaran udara kerana pengurangan penggunaan petrol dan diesel dapat mengurangkan pengeluaran gas karbon monoksida daripada kereta. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa enjin hybrid bersifat mesra alam kerana enjin tersebut menggabungkan penggunaan bahan api dan juga kuasa elektrik untuk mengerakkan motor kenderaan. Oleh itu, penggunaan sumber asli dapat dikurangkan dan pencemaran udara juga dapat dikurangkan kerana enjin hybrid menggunakan bahan api hidrogen, bahan api bio dan kenderaan elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Hasil pembakaran hydrogen hanya akan membentuk wap air dan wap air ini akan memulihkan semula enjin dengan mengurangkan karbon yang sedia ada dan menghalang pembentukan karbon baru pada komponen enjin. Oleh itu, enjin hybrid tidak mengeluarkan gas-gas yang merbahaya yang dapat mencemarkan udara.

5.2.7 Soalan Kajian 7. Saya mengamalkan sikap kitar semula seperti kertas kitar semula untuk kesejahteraan alam sekitar. Melalui dapatan kajian untuk soalan 7, kajian menyatakan bahawa terdapat 71 responden daripada 100 responden yang bersetuju bahawa mereka mengamalkan sikap kitar semula untuk kesejahteraan alam sekitar. Pada pendapat kami, sikap kitar semula harus diamalkan oleh setiap orang tidak kira umur dan bangsa. Hal ini adalah disebabkan oleh , bumi ini adalah kepunyaan semua dan sekiranya bumi ini mengalami pencemaran akibat tindakan manusia, ia adalah tanggungjawab kita untuk membetulkannya dan memeliharanya. Oleh itu, kita harus mengamalkan sikap kitar semula sejak awal lagi kerana sumber asli semakin berkurangan dan kita harus memastikan bahawa kita menyimpan sedikit sebanyak sumber asli untuk generasi-generasi yang akan datang. Selain itu, kit juga harus mengitar semula kertas kerana banyak pokok yang ditebang untuk membuat kertas dan disebabkan penebangan pokok bumi kita terdedah kepada pemanasan global. Oleh itu, untuk menjamin kesejahteraan manusia dan alam sekitar ia adalah wajar untuk kita mengamalkan sikap kitar semula.Di samping itu, terdapat 29 responden yang memberikan pandapat negative terhadap pendapat ini. Pada pendapat kami, hal ini mungkin disebabkan oleh bahan yang diperbuat daripada bahan kitar semula tidak berkualiti. Selain itu, kami juga berpendapat bahawa terdapat segelintir masyarakat yang malu untuk membeli barangan kitar semula kerana mereka lebih mementingkan prestij mereka daripada kesejahteraan alam sekitar. 5.2.8 Soalan Kajian 8.

Saya menubuhkan Kelab Alam Sekitar untuk membantu memelihara alam sekitar. Dapatan kajian bagi Soalan 8 menunjukkan bahawa terdapat 54 responden sahaja yang bersetuju bahawa mereka menubuhkan Kelab Alam Sekitar untuk membantu memelihara alam sekitar. Pada pendapat kami, Kelab Alam Sekitar harus ditubuhkan di setiap bandar dan kampung untuk membantu memelihara alam sekitar. Melalui Kelab Alam Sekitar kita dapat mendidik anak-anak kita untuk mengamalkan sikap menyayangi alam sejak kecil lagi dan ini dapat memupuk minat mereka untuk menyayangi dan menjaga alam sekitar mereka yang sangat penting bagi mereka. Selain itu, pada pendapat kami melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar kita dapat mengumpulkan ramai orang lagi untuk menyertai kita untuk memelihara alam sekitar. Di samping itu, 46 orang responden tidak bersetuju bahawa mereka menubuhkan Kelab Alam Sekitar untuk membantu memelihara alam sekitar. Pada pendapat kami, mereka tidak begitu mengambil berat mengenai kesejahteraan alam sekitar. Selain itu, terdapat juga sesetengah orang yang tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membuka kelab tersebut. Tambahan pula, terdapat juga segelintir masyarakat yang merasakan bahawa mereka lebih suka untuk melaksanakan perkara ini dalam kalangan keluarga mereka sahaja.

CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM KALANGAN MASYARAKAT.1.Pendidikan mengenai pangamalan teknologi hijau harus disemai dalam diri kanak-kanak sejak zaman persekolahan lagi dengan memperkenalkan sebuah subjek mengenai teknologi hijau supaya generasi akan datang akan mengamalkan penggunaan teknologi hijau pada masa hadapan mereka.2.Setiap sekolah harus memperkenalkan sebuah Kelab Alam Sekitar dan mewajibkan semua pelajar untuk menyertainya supaya mereka dapat tahu mengenai kepentingan alam sekitar dan cara-cara untuk memeliharanya.3.Semua ibu bapa harus mengamalkan amalan kitar semula di rumah masing-masing dan menunjukkan mereka teladan yang baik supaya kanak-kanak mereka juga akan mengamalkannya apabila mereka sudah dewasa.

4.Kita juga harus mengurangkan penggunaan sumber asli seperti petroleum, arang, dan sebagainya supaya sumber itu masih akan ada untuk kegunaan pada generasi akan datang. Selain itu, kita juga harus menggunakan sumber yang boleh diperbaharui kerana sumber tersebut lebih mesra alam dan kosnya juga lebih murah.5.Kita juga harus meningkatkan penggunaan kereta hybrid untuk mengurangkan penggunaan petrol dan diesel untuk mengurangkan pencemaran udara. 6.Kita juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga dan juga mengutamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Perkara ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga.7.Seboleh-bolehnya para petani harus menggunakan baja organic untuk tanaman mereka untuk memastikan tanaman yang sihat dan berkualiti dan juga untuk menggurangkan penggunaan baja kimia yang dapat memudaratkan kesihatan manusia dan juga yang dapat mencemarkan alam sekitar.

KESIMPULANBerdasarkan hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa teknologi hijau kurang diamalkan dan kurang disedari oleh masyarakat pada masa kini. Oleh itu, kita harus berusaha untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, kita juga harus memberi pendidikan mengenai teknologi hijau kepada semua orang tanpa mengira bangsa demi kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, kajian kami telah berjaya menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan dalam Bab Satu iaitu Kefahaman, Kesedaran dan Amalan Teknologi Hijau Dari Perspektif Pelbagai Etnik.

TAMAT